Ranking SBP Terbaik 2014 Keputusan SPM 2013

Ranking SBP Terbaik 2014
Berikut adalah ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik 2014 dari keputusan SPM 2013Seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.05% berbanding 13,720 calon pada 2012.

Daripada jumlah itu 100 calon berjaya mendapat 12A; 2,164 calon mendapat 11A; 5,557 calon mendapat 10A; 6,087 calon mendapat 9A dan baki 62 calon lagi mendapat 8A, 7A dan 6A.

"Dalam SPM 2013, prestasi bagi 6 daripada 7 mata pelajaran teras meningkat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains. Hanya prestasi mata pelajaran Matematik menurun iaitu sebanyak 0.08 mata daripada Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.91 mata pada 2012 kepada 4.99 mata pada 2013."

Katanya berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN), pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.15 mata iaitu daripada 4.83 mata pada 2012 kepada 4.68 mata pada 2013.

Pencapaian calon luar bandar juga meningkat sebanyak 0.16 mata iaitu daripada 5.44 mata pada 2012 kepada 5.28 mata pada 2013.

Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik 2014 Keputusan SPM 2013
SBP terbaik SPM

0 comment... add one now