Keputusan Akhir Program Pop Krew 2014

Pop Krew 2014

Keputusan Akhir Final Program Pop Krew 2014.
Rancangan hiburan remaja Pop Krew 2014 telah berakhir malam tadi di mana 
Kumpulan Novemboys diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Pop Krew yang diadakan secara langsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic di Shah Alam.

Pop Krew merupakan kesinambungan program Idola kecil Ultra di mana ia dikembangkan kepada pencarian bakat-bakat golongan remaja sekitar 15 hingga 19 tahun untuk disatukan menjadi sebuah kumpulan.

Pop Krew yang dihoskan oleh Deen (Hot FM) dan Nana Mahazan telah bersiaran selama tujuh minggu bermula 14 November 2015 setiap Sabtu pukul, 8.30 malam di TV9.

Novemboys yang dianggotai Adam, Haqiem, Danial dan Wan berjaya mengalahkan tiga kumpulan lain iaitu 5beats, Algebra dan Briged sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM50,000.

Selain itu kumpulan di bawah pengajar Tomok itu turut menerima kontrak selama setahun bersama syarikat pengurusan serta rakaman iaitu 8 Unit dan Monkey Bone.
Bagaimanapun tiga kumpulan lain iaitu Algebra, Briged dan 5Beats tidak mendapat sebarang tempat pada program itu.

Pusingan pertama Akhir program Pop Krew 2014
  • Kumpulan 5Beats diberi tugasan membawakan lagu Bosan (Stacy) dan Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor).
  • Kumpulan Algebra pula menyampaikan lagu Dipersimpangan Dilema (Nora) dan Pelangi Senja (Stacy).
  • Kumpulan Briged tampil dengan lagu Salam Terakhir (Sudirman) dan Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
  • Kumpulan Novemboys menyanyikan lagu Mewangi (Akim) dan Aku Yang Tersakiti (Judika).
Pusingan Kedua Akhir program Pop Krew 2014
Sebelum ke pusingan kedua, 5Beats disingkirkan manakala tiga kumpulan lain meneruskan persembahan membawakan lagu baru masing-masing.

Persembahan bagi setiap peserta  diadili sepenuhnya oleh juri, Edry Abdul Halim, Altimet dan juri jemputan, Syafinaz Selamat.

0 comment... add one now