Malaysia Mara Ke Final Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia 2014

Final Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia 2014
Malaysia Mara Ke Final Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia 2014. Tahniah kepada Malaysia apabila skuad skuasy berpasukan wanita buat pertama dalam sejarah melangkah ke final Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia 2014 di Kanada, lewat Jumaat.

Skuad negara diketuai oleh Datuk Nicol David, melakukan kejutan besar dengan menewaskan juara bertahan Mesir 2-0 dalam perlawanan separuh akhir penuh dramatik di Pusat Skuasy Mark Sachvie.
Malaysia, selaku pasukan pilihan ketiga, akan menghadapi saingan hebat pada final apabila bertemu finalis 2012, England, yang juga pilihan kedua, lewat Sabtu. England, yang kalah kepada Mesir pada final edisi 2012, mengatasi Hong Kong 2-1 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan ini ialah tempat ketiga pada empat edisi lepas iaitu pada 2006, 2008, 2010 dan 2012.

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Mesir (2-0)
Nicol David menang ke atas pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, 11-3, 8-11, 11-7 dan 11-9 dalam pertarungan selama 54 minit

Low Wee Wern mengejutkan pemain nombor empat dunia, Nour El-Sherbini, yang juga bekas juara remaja dunia tiga kali, 11-9, 8-11, 11-2, 7-11 dan 11-9.

0 comment... add one now