Senarai Sungai Di Pantai Timur Yang Melebihi Paras Bahaya

Senarai Sungai Di Pantai Timur Yang Melebihi Paras Bahaya
Sekolah ditenggalami oleh air banjir di Kelantan
Senarai Sungai Di Pantai Timur Yang Melebihi Paras Bahaya. Hujan yang menyebabkan banjir buruk di Pantai Timur telah menyebabkan 12 buah sungai di Pahang, Terengganu dan Kelantan melebihi paras bahaya.

Statistik pada pukul 600 petang semalam yang dipetik dari Portal Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati paras air beberapa sungai seperti berikut telah melebihi paras bahaya :

1) Pahang - Sungai Jelai di daerah Jeram Bungor - 65,98 meter iaitu hampir 4 meter di atas paras bahaya iaitu 62 meter. 

2) Pahang - Sungai Pahang di daerah Sungai Yap - 59,34 meter, 7 meter di atas paras bahaya iaitu 52 meter.

3) Pahang - Sungai Pahang di Kampung Chenor - 24,33 meter (paras bahaya 23 meter)

4) Pahang - Sungai Pahang di Lubuk Paku - 19,79 meter (paras bahaya 19 meter)

5) Pahang - Sungai Kuantan berhampiran Kuantan Bypass - 6.27 meter (paras bahaya 3.50 meter) 

6) Kelantan - Sungai Kelantan berhampiran Kusial - melebihi 6.61 meter di atas paras bahaya 16 meter 

7) Kelantan - Sungai Kelantan di Kuala Krai - melebihi 9.11 meter untuk 34,11 meter dari paras bahaya 25 meter.

8) Kelantan - Sungai Galas di Dabong - 46,39 meter (bahaya 38 meter)

9) Kelantan - Sungai Kelantan berhampiran Air Mulih - 12.07 meter (paras bahaya 10.65 meter)

10) Kelantan - Sungai Golok di Rantau Panjang - 10.43 meter (paras bahaya 9 meter) 

11) Kelantan - Sungai Kelantan berhampiran Jeti Kastam - 6.86 meter (paras bahaya 5 meter)

12) Terengganu - Sungai Dungun berhampiran Jambatan Jerangau - 14.24 meter, hampir 2 meter di atas paras bahaya iaitu 12.50 meter.

0 comment... add one now