Biodata Hairul Azreen Bakal Suami Hanis Zalikha

Biodata Hairul Azreen Bakal Suami Hanis ZalikhaBiodata Hairul Azreen Bakal Suami Hanis Zalikha. Ayai telah dinobatkan sebagai juara Konsert Akhir Gegar Vaganza 2014 malam tadi dengan menewaskan 5 peserta yang lani. Selain kemenangan Ayai yang menjadi trending di laman sosial, tindakan pelakon Hairul Azreen  membuat kejutan pada Konsert Akhir Gegar Vaganza 2014, malam Ahad apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai isteri juga menjadi trending di seluruh dunia.

Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Pada persembahan itu, Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jehan Muse menjemput Hanis naik ke pentas.

Berikut biodata pelakon Hairul Azreen Bin Idris bakal suami Hanis Zalikha
Nama : Hairul Azreen Bin Idris
Nama Komersial : Hairul Azreen
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 23 April 1988
Tinggi : 177 sm
Berat : 61 kg
Kerjaya : Model, Pelakon & Pelakon Lagak Ngeri (Stuntman)

Drama: Misiku Kuza, Setia Hujung Nyawa, 5 Bujang, Sirrun, Bionik, Asmara 2, Ponti Anak Remaja , Indera Joned, Fotokopi, Merah Puteh, Cahaya Lentera, Rona Roni Makaroni, Senandung Si Dayang

Telefilem: Untuk Terakhir Kali, Korban Kasih, Siti Tivi

Filem: Hantu Kapcai,Keramat, Kongsi,Gila-Gila Remaja II dan Pak Pong

Program realiti: Fear Factor Selebriti Malaysia

Trivia: Hairul memiliki tali pinggang hitam taekwondo


"Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

"Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk memdapat restu mereka.

"Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?" lamar aktor itu.

Hanis ketika itu tidak menjawab soalan Hairul sebaliknya terkedu dengan  lamaran tersebut.

Selepas ditanya sekali lagi, Hanis mengangguk malu dan menjawab tanda setuju menerima lamaran Hairul untuk menjadi suri aktor itu.

"Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah," ujarnya.

Kejutan itu membuatkan penonton di dewan bersorak menandakan keterujaan mereka terhadap pasangan itu - mStar online

0 comment... add one now