Gambar Ekor Pesawat AirAsia QZ8501 Didedah. Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia, SAR, hari ini mengesahkah bahawa objek yang ditemui oleh kapal pencari dan penyelamat Geo Survey adalah bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember lalu.
Detik.com melaporkan bahawa Ketua BASARNAS Bambang Soelistyo dalam satu sidang media pada Rabu berkata huruf A,X dan tulisan ‘Air’ pada objek ditemui menyakinkan BASARNAS bahawa ia adalah serpihan ekor pesawat.
“Saya diberitahu pada jam 10 pagi kemudian saya mengarahkan mereka untuk ambil foto serpihan berkenaan. 10:30 pagi laporan dan gambar tiba.
"Hasilnya, kita dapati ada tulisan A, X dan tulisan ‘Air’. Dapat saya sahkan ini adalah bahagian ekor pesawat”, kata Bambang di ibu pejabat BASARNAS di Jakarta Pusat pada Rabu.
Dalam sidang media tersebut, Bambang turut menunjukkan foto objek yang ditemui serta perbandingan dengan pesawat sebenar AirAsia.
Foto objek tersebut dirakam oleh penyelam SAR dari kapal GeoSurvey yang menemuinya pada jam 5 pagi.
Ia berukuran panjang 10 meter, lebar lima meter dan tinggi tiga meter. Posisinya dilaporkan menjunam ke laut - Astro Awani
Antara gambar yang ditunjukkan Bambang di sidang media - Foto AP
Antara gambar yang ditunjukkan Bambang di sidang media - Foto AP