Inikah Tanda Hubungan Zizan Razak Dan Emma Maembong Berbaik Semula?

Zizan Razak Dan Emma Maembong

Inikah Tanda Hubungan Zizan Razak Dan Emma Maembong Berbaik Semula?Pada Jumaat, Astro Gempak mengeluarkan artikel mengenai pelakon dan pelawak Zizan Razak mengaku banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan aktres Emma Maembong sehingga mereka berpisah.

Tidak lama selepas itu Zizan telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan mereka berdua seakan kembali berdamai di laman Instagram miliknya iaitu Zizanrazak869.

Menerusi foto tersebut, Zizan telah menulis kapsyen tanda syukur kehadrat ilahi dan  terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan hubungan mereka sehingga kembali pulih seperti sedia kala.

“Alhamdulillah..terima kasih Allah…terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua..i love you sayang,”luah Zizan menerusi foto tersebut.

Foto tersebut menerima respon positif oleh pengikut dan peminat setianya yang rata-rata mendoakan hubungan mereka baik seperti sedia kala dan berharap agar pasangan itu segera mendirikan rumah tangga - Astro Awani


0 comment... add one now