Kedudukan Ranking FIFA Malaysia Januari 2015. Pasukan Harimau Malaya yang baru lepas dimahkotakan sebagai Naib Juara Piala AFF Suzuki 2014 di belakang juara Thailand hanya membuka lembaran 2015 di kedudukan ke-154 dunia.
Kedudukan pasukan Malaysia ini berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 8 Januari 2015.
Rekod kedudukan ranking FIFA Malaysia sebelum ini pada tahun 2014 adalah seperti berikut :-
1) Tangga ke-154 pada Januari 2014
2) 150 (Feb),
3) 141 (Mac),
4) 142 (April),
5) 145 (Mei),
6) 153 (Jun),
7) 151 (Julai),
8) 155 (Ogos),
9) 154 (September),
10) 156 (Oktober),
11) 155 (November)
12) 154 (Disember)
Kedudukan terkini itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara (150), Syria (151), Kyrgzstan (152), Hong Kong (156) dan Singapura yang berada pada ranking ke-157 dunia.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia turut kekal di tangga kelima di belakang Filipina (130), Vietnam (137), Myanmar (141) dan Thailand (142).
Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut kekal di tempat ke-28 daripada 46 negara lain.
Juara Piala Dunia 2014, Jerman terus mengekalkan status pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,725 mata manakala Argentina berada di tangga kedua selepas mengutip 1,538 mata.
Wakil Amerika Selatan, Colombia terus kekal di tangga ketiga dengan 1,450 mata. - BERNAMA