Malaysia Berpesta Gol Belasah Singapura Di Liga Hoki Dunia 2015. Skuad negara berpesta gol selepas membelasah tuan rumah, Singapura 16-1 dalam perlawanan Kumpulan A, Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia, malam tadi.
Penyerang lincah, Faizal Saari pula menyerlah dengan menjaringkan enam gol dalam saingan berat sebelah itu di Stadium Hoki Sengkang di sini.
Penyerang kelahiran Kelantan itu menemui sasaran pada minit ke-6, 17, 25 31, 32 dan 50.
Gol lain skuad negara adalah sumbangan Mohd Firhan Ashaari (m13, 24), Mohd Razie Abdul Rahim (m23, 52), Mohd Haziq Samsul (m36, 53), Tengku Ahmad Tajudin (m58, 59), Mohd Marhan Mohd Jalil (m42) dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m44).
Gol tunggal Singapura adalah menerusi Ian Vanderput pada minit ke-33.
Ini adalah kemenangan terbesar Malaysia ke atas Singapura dalam kejohanan antarabangsa dan pertama kali pasukan negara republik itu menanggung kekalahan memalukan di laman sendiri.
Selepas tiga perlawanan Malaysia sudah menjaringkan sejumlah 27 gol dan hanya dua kali dibolosi.
Malaysia yang terdahulu menewaskan Ukraine 5-1 dan Oman 7-0 mendahului kumpulan berbekal mata maksimum dan akan menentang Mexico dalam saingan suku akhir, Khamis ini - BH online
Malaysia Berpesta Gol Belasah Singapura Di Liga Hoki Dunia 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →