Rebut Wang Palsu Punca 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru 2015

Rebut Wang Palsu Punca 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru 2015

Rebut Wang Palsu Punca 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru 2015 Di Shanghai China. Seorang rakyat Malaysia adalah antara 48 cedera dalam rempuhan Tahun Baru di kawasan dermaga bersejarah Bund Shanghai di mana 35 yang lain terbunuh awal hari ini.

Yang mati adalah 10 lelaki dan 25 perempuan berusia antara 16 dan 36, CCTV China melaporkan. Tiga rakyat Taiwan adalah antara yang tercedera.

Difahamkan seramai 35 orang terbunuh dalam satu rempuhan di Shanghai apabila mereka berlumba untuk mendapatkan wang palsu yang dibuang dari atas sebuah bangunan ke arah kumpulan besar orang ramai yang sedang menunggu sambutan tahun baru.

Dalam kejadian terburuk dan memalukan di bandar besar di China sejak beberapa tahun lalu itu, kerajaan turut mengesahkan bahawa seramai 42-48 lagi mengalami kecederaan.

Menurut media dan saksi, rempuhan melibatkan kumpulan besar orang ramai itu berlaku apabila sejumlah wang kertas dibuang dari sebuah bar di atas bangunan berdekatan.
Rebut Wang Palsu Punca 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru 2015

Cui Tingting, 27, memberitahu, dia dan rakan turut cuba mendapatkan wang berkenaan namun mereka meninggalkan kawasan berkenaan selepas mendapati ia palsu.

"Ia tindakan kejam, kerana wang itu orang ramai saling merempuh, ada yang terjatuh dan dipijak," katanya.

Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Wei berkata, kawasan itu tiba-tiba menjadi kecoh apabila orang ramai mahu mendapatkan wang yang dibuang dari atas bangunan.

Media melaporkan, terdapat kumpulan yang mengalami kecederaan berhimpun di bahagian kecemasan sebuah hospital berdekatan selepas kejadian - mStar & The Star online

0 comment... add one now