Semakan Penempatan Guru Baharu Lepasan Program PISMP Bil 2/2015

egraduan

SEMAKAN PENEMPATAN GURU BAHARU LEPASAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Bil. 2/2015

Dipetik dari Portal Rasmi Sistem Maklumat Guru e-graduan, Sukacita dimaklumkan penempatan guru baharu bagi lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) boleh membuat semakan penempatan di Modul e-Graduan mulai 27 Januari 2015.
Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan. 
Jawapan maklum balas Lampiran A bagi guru-guru dari Semenanjung yang ditempatkan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan hendaklah dijawab melalui e-mel kegurubaharu.bpsh@gmail.com sebelum 28 Januari 2015 bagi tujuan penerimaan tawaran penempatan seperti format di bawah:
Tajuk emel : Penerimaan Tawaran Penempatan 29 Januari 2015
Butiran :        Nama :         No. KP:         Lampiran A
"Bagi alasan penangguhan lapor diri selain daripada yang dinyatakan di Jadual 1, sebarang permohonan tidak akan dipertimbangkan. Calon diwajibkan melapor diri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh arahan penempatan dikeluarkan. Sekiranya calon gagal berbuat demikian, tawaran pelantikan akan terbatal dengan sendirinya." 
Sekian, terima kasih.

0 comment... add one now