Skim Insurans Pekerjaan 2015
UnknownSkim Insurans Pekerjaan 2015. Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan kertas cadangan skim insurans pekerjaan untuk mendapatkan kelulusan di Parlimen pada Mac 2015 ini.
Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, skim itu bakal memberi manfaat tambahan kepada para perkeja yang tidak terdapat di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) dan juga kepada pekerja yang tidak dilindungi oleh Perkeso.
“Skim insurans pekerjaan ini dilaksanakan berdasarkan caruman majikan dan pekerja sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pejabat Perkeso Limbang dan Penyampaian Cek Faedah di pejabat Perkeso Miri di sini semalam.
Skim insurans pekerjaan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2015 bertujuan membantu golongan pekerja yang diberhentikan majikan melalui pemberian bantuan saraan sementara termasuk latihan semula dan mempertingkatkan kemahiran.
Dalam pada itu, Richard Riot berkata, 166,480 baucar saringan kesihatan Perkeso (HSP) diedarkan di negeri ini selepas tempoh layak penggunaan baucar itu dilanjutkan sehingga Mac nanti akibat sambutan kurang memberangsangkan.
Bagaimanapun, katanya, hanya 33,029 atau 29 peratus daripada HSP diedarkan itu digunakan.
“Sebagai contoh di Miri, 34,618 baucar HSP diedarkan tetapi hanya 6,204 digunakan atau 18 peratus, manakala Bintulu hanya 2,526 (13 peratus) daripada 18,914 baucar yang diedar telah digunakan.
“Sehubungan itu, kementerian melanjutkan tempoh sah penggunaan baucar ini bagi memberi peluang lebih ramai pekerja menggunakannnya,” Utusan online
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →