Goh Soon Huat Bakal Pengganti Chong Wei. Selepas
berjaya meraih kejuaraan sulung musim ini, Timbalan Presiden Persatuan
Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bersetuju
pemain perseorangan negara, Goh Soon Huat diberikan peranan lebih besar.
Soon
Huat yang meraih kejuaraan Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur 2015
kelmarin membuktikan dia lebih baik berbanding pemain perseorangan
negara yang lain.
Hampir kesemua perseorangan utama negara, baik
di bawah naungan BAM atau bebas berentap pada kejohanan itu, namun
akhirnya kejuaraan milik pemain kelahiran Melaka itu.
“Dia (Soon
Huat) berada di kedudukan sepatutnya. Pada masa sama dia sabar menunggu
masanya untuk menyinar dalam skuad kebangsaan,” kata Norza di Stadium
Badminton Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Jelasnya, sebelum ini ramai pihak hanya mengenali Soon Huat sebagai pemain simpanan ketika Malaysia mara ke saingan akhir Piala Thomas 2014 New Delhi dan muncul naib juara - myMetro
Goh Soon Huat Bakal Pengganti Chong Wei
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →