Keputusan Result Penuh Liga Perdana Malaysia 13 Februari 2015.
Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Negeri Sembilan dan Sabah menyambung
rentak garang merakamkan kemenangan kedua berturut-turut dalam kancah
bola sepak Liga Perdana, hari ini.
JDT II tunjuk taring
membelasah KL SPA 5-1 untuk mendahului carta liga manakala Negeri
Sembilan menewaskan UiTM FC 2-0 di gelanggang sendiri untuk berada di
tangga kedua dan Sabah di tempat ketiga hasil kemenangan 3-2 ke atas
DRB-Hicom di laman sendiri.
Kedah yang garang pada perlawanan
pembukaan sekadar mengutip satu mata apabila seri 2-2 ketika menentang
Kuantan FC di Stadium Darul Makmur - begitu juga T-Team yang terikat 0-0
ketika menentang Pulau Pinang di Kuala Terengganu.
Kuala Lumpur
kembali semula ke landasan kemenangan selepas menewaskan PKNS FC 2-1
dalam perlawanan sebelah petang di Stadium UiTM, Shah Alam.
Di
Stadium MBPJ, Kelana Jaya, JDT II pulang ceria dengan kemenangan besar,
termasuk jaringan hatrik daripada Shafiq Shaharuddin pada minit ke-47,63
dan 82 manakala dua gol lagi sumbangan, Leandro Dos Santos (m-34) dan
Nicolas Delmonte (m-79).
Gol tunggal KL SPA adalah sumbangan Michael Chukwubunna (m-91).
Di
Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, dua ledakan daripada pemain import,
Francis Forkey Doe pada minit ke-38 dan 80 sudah cukup buat skuad Rusa
melakar kemenangan 2-0 ke atas UiTM FC.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team selaku tuan rumah gagal mengaut peluang di hadapan penyokong sendiri apabila terpaksa berpuas hati seri 0-0 menentang Pulau Pinang.
Sabah terus garang dengan kemenangan 3-0 ke atas DRB-Hicom dengan penyerang import dari Senegal, El Hadji Diouf membuka tirai jaringan pada minit ke-18 di Stadium Likas.
Azizan Nordin menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-79 sebelum Shafuan Adli menyumbang gol ketiga pada minit ke-84 manakala dua gol pelawat jaringan Ivan Babic pada minit ke-2 dan gol sendiri oleh Abdoulaye Faye pada minit ke-21.
Di Stadium Darulmakmur, Kedah mendahului selesa 2-0 menerusi jaringan Keith M Nah pada minit ke-4 dan Baddrol Bakhtiar, minit ke-9 untuk memberi bayangan pasukan Helang Merah itu mampu pulang membawa satu lagi kemenangan.
Namun, Kuantan FA menafikan hajat itu apabila bangkit garang pada babak kedua dengan gol daripada Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-22 dan Milan Purovic, minit ke-33 untuk menyamakan kedudukan dan berkongsi satu mata.
Sementara itu, Kuala Lumpur mengesahkan mata penuh menerusi jaringan Kallam Sone Mosoe pada minit ke-16 dan Choi Hyu Yeon (m-61) untuk mengatasi PKNS 2-1. Gol tunggal pelawat adalah jaringan Gonzalo Manuel Soto, minit ke-45 - BH online.
Keputusan Liga Perdana Malaysia 13 Februari 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →