Laluan Pemain Malaysia Di Badminton All England 2015

Laluan Pemain Malaysia Di Badminton All England 2015. Malaysia mungkin tidak mempunyai wakil perseorangan lelaki dalam undian utama di kejohanan badminton berprestij All-England di Birmingham pada 3 hingga 8 Mac 2015.

Dalam undian perlawanan yang dikeluarkan pada hari Selasa, tiada pemain Malaysia yang telah diberi tempat di undian terus utama. Ketiga-tiga wakil - No. 32 dunia Chong Wei Feng, No 55 Mohd Arif Abdul Latif dan No. 56 Zulfadli Zulkiffli - perlu melalui pusingan kelayakan. Ianya akan menjadi tugas yang berat bagi mereka untuk layak ke undian utama.

Wei Feng adalah pilihan keempat dalam kelayakan dua pusingan. Beliau bakal bertemu pemain India, Anand Pawar pada pusingan kelayakan pertama dengan pemain muda Taiwan Wang Tzu-wei atau India Ajay Jayaram menunggu di pusingan kelayakan seterusnya.

Juara kebangsaan Zulfadli mungkin menghadapi China Xue Song pada pusingan kedua manakala Arif bakal bertemu pemain Indonesia Dionysius Hayom Rumbaka pada pusingan pembukaan.

Pemain No. 1 Malaysia, Lee Chong Wei adalah juara bertahan, tetapi pemain dunia No. 3 tidak layak bermain selepas digantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi kesalahan doping musim lalu.

Kali terakhir Malaysia tidak diwakili pemain dalam perseorangan lelaki di undian utama adalah pada tahun 1970.

Dalam ketiadaan Chong Wei, pemain nombor satu dunia 1 Chen Long adalah favourite untuk memenangi gelaran buat kali kedua.

Badminton All England 2015
Pemain China iaitu juara 2013, akan bertemu pemain dari pusingan kelayakan pada pusingan pertama.

Ancaman terbesar Chen Long adalah daripada rakan senegara Lin Dan, yang kembali dalam kejohanan buat kali pertama sejak muncul juara pada tahun 2012.

Lin Dan, juara dunia lima kali adalah pilihan kelima kejohanan. Beliau di jangka bertemu Chen Long pada peringkat Separuh Akhir All England 2015.


Dalam acara beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menjadi satu-satunya wakil Malaysia di beregu All England 2015.

V Shem-Wee Kiong di ramal akan tersingkir awal kerana bakal bertemu dengan pilihan utama iaitu Lee Yong Dae-Yoo Yeon --Seon dari Korea Selatan pada pusingan kedua.

0 comment... add one now