TMJ Umum Letak Jawatan Penasihat FAM. TMJ hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Penasihat FAM seperti dipetik dari Laman FB Johor Southern Tigers. Berikut kenyataan YAM TMJ atas keputusan perletakan jawatan ini :-
SAYA TIDAK MAHU JADI SEBAHAGIAN DARIPADA ORGANISASI YANG TIDAK ADIL & TIDAK PROFESIONAL - DYAM TMJ
Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan
saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk
mencapainya.
Satu impian di mana suatu hari nanti badan
pentadbir bolasepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang
berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bolasepak, dan
bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik.
Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bolasepak
diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti,
para penyokong bolasepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong
pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri.
Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bolasepak, permainan yang indah, tiada politik.
Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih,
jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bolasepak
tempatan. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi
yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk
melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Mahkota Johor
TMJ Umum Letak Jawatan Penasihat FAM
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →