Keputusan LTdL 2015 Peringkat 7 Shah Alam Ke Bukit Fraser. Pelumba Algeria, Youcef Reguigui mencipta kemenangan sensasi apabila
menjuarai Peringkat 7, Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 dari Shah
Alam ke Bukit Fraser, sejauh 180.8 kilometer, pada hari Sabtu, 14 Mac 2015. Selain menawan puncak Bukit Fraser, wakil pasukan MTN-Qhubeka
berusia 25 tahun itu turut merampas jersi kuning daripada pelumba
Australia, Caleb Ewan, dari pasukan Orica GreenEdge, selaku pendahulu
keseluruhan.
Meskipun berkayuh dalam keadaan cuaca panas, Reguigui mengambil
tindakan berani dengan melakukan pecutan pada 10km terakhir pada laluan
1,105 meter di atas paras laut sebelum melintasi garisan penamat dengan
catatan masa 4 jam 38 minit 41 saat.
Tempat kedua menjadi milik pelumba Colombia, Sebastian Henao (Team
Sky) manakala pelumba Itali, Valerio Agnoli (Astana Pro) berada di
tempat ketiga dengan turut mencatat masa yang sama dengan Reguigui.
Berikut keputusan Peringkat 7, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015,
sejauh 180.8km, dari Shah Alam ke Bukit Fraser, hari ini.
Keputusan LTdL 2015 Peringkat 7 Shah Alam Ke Bukit Fraser
10 PELUMBA TERBAIK
1 Youcef Reguigui (ALG) MTN-Qhubeka
2 Sebastian Henao (COL) Team Sky
3 Valerio Agnoli (ITA) Astana Pro Team
4 Luca Chirico (ITA) Bardiani CSF
5 Francisco Mancebo (ESP) Skydive Dubai
6 Pieter Weening (NED) Orica GreenEdge
7 Janse Van Rensburg (RSA) MTN-Qhubeka
8 Rodolfo Andres Torres Agudelo (COL) Colombia
9 Jesper Hansen (DEN) Tinkoff-Saxo
10 Pierre-Luc Perichon (FRA) Bretagne-Seche Environment
(NOTA: Semua pelumba mencatat masa sama 4 jam 38 minit 41 saat selepas sampai ke garisan penamat secara berkelompok).
PELUMBA MALAYSIA
42 Mohd Afiq Huznie Othman (Majlis Sukan Negara) (MSN) 4'43:26s
44.Mohd Adiq Husainie Othman (Terengganu Cycling Team) (TSG) 4'43:26s
61 Loh Sea Keong (Pasukan Kebangsaan Malaysia) 4'47:36s
69 Mohd Zawawi Azman (MSN) MSN 4'51:46s
84 Mohd Zamri Salleh (TSG) 4'57:05s
86 Mohd Izzat Hilmi Abdul Halil (Malaysia) 4'57:05s
91 Mohd Fairet Rusli (MSN) 4'59:02s
92 Suhardi Hassan (Malaysia) 4'59:02s
94 Amir Mustafa Rusli (MSN) 4'59:02s
95 Nik Mohd Azwan Zulkifle (MSN) 4'59:02s
96 Mohd Faruq Daud (Malaysia) 4'59:02s
102 Mohd Ameer Ahmad Kamal (Malaysia) 4'59:02s
103 Anuar Manan (TSG) 4'59:02s
109 Mohd Saiful Anuar Aziz (TSG) 4'59:02s
111 Mohd Sofian Nabil Omar (MSN) 4'59:02s
113 Mohd Hariff Salleh (TSG) 5'00:17s
KESELURUHAN (JERSI KUNING)
1 Youcef Reguigui (ALG) MTN-Qhubeka 26'11:37s
2 Sebastian Henao (COL) Team Sky 26'11:47s
3 Pierre-Luc Perichon (FRA) Bretagne-Seche Environnement 26'11:47s
PELUMBA TERBAIK ASIA (JERSI PUTIH)
1 Tomohiro Hayakawa (JPN) Aisan Racing Team 26'13:24s
2 Liu Jianpeng (CHN) Hengxiang 26'14:30s
3 Dadi Suryadi (INA) Pegasus Continental 26'15:02s
RAJA PECUT (JERSI BIRU)
1 Caleb Ewan (AUS) Orica GreenEdge - 75 mata
2 Youcef Reguigui (ALG) MTN-Qhubeka - 63
3 Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team - 56
RAJA BUKIT (JERSI MERAH)
1 Kiel Reijnen (USA) UnitedHealthCare - 39 mata
2 Francisco Mancebo (ESP) Skydive Dubai - 20
3 Natnael Berhane (ERI) MTN-Qhubeka - 18
BERNAMA