Luciano Figueroa Bakal Tinggalkan JDT?

Figueroa berkemungkinan meninggalkan JDT. Penyerang JDT dari Argentina, Luciano Figueroa dikhabarkan bakal mengikut jejak Jorge Pereyra Diaz berhijrah daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke kelab lain berikutan mesej kelab di Laman FB Southern Tigers pada hari Rabu, 18 Mac 2015. Berikut adalah status FB yang menarik perhatian ramai dan ada juga tertanya-tanya siapakah pemain import terbaru JDT ini.

PENYERANG IMPORT TERBARU JDT AKAN DIUMUMKAN PADA 25HB MAC

Johor Darul Ta'zim bakal mengumumkan penyerang muda import terbaru pasukan tersebut pada 25hb Mac 2015 nanti. Pemain berusia 24 tahun tersebut akan diperkenalkan secara rasminya bagi melengkapkan lagi kuota pemain import pasukan JDT dan bakal menguatkan jentera serangan skuad bimbingan Bojan Hodak. Luaskan Kuasamu Johor!

---------

JDT TO ANNOUNCE NEW FOREIGN STRIKER ON MARCH 25TH

Johor Darul Ta'zim will announce the signing of a new import striker on March 25th, 2015. The 24-year-old player will be officially unveiled to fulfill JDT's foreign player quota and strengthen Bojan Hodak's squad. Luaskan Kuasamu Johor!

Hidup Johor Demi Johor

Luciano Figueroa JDT
Tanpa mendedahkan identiti atau penampilan pemain, mesej itu memaklumkan yang: "Johor Darul Ta'zim akan mengumumkan majlis menandatangani penyerang import baru pada 25 Mac 2015. "Pemain berusia 24 tahun akan secara rasmi dilancarkan untuk memenuhi kuota pemain asing JDT dan memperkuatkan skuad Bojan Hodak itu."

Untuk makluman, pemain import terbaru JDT iaitu Patricio Rodriguez telah pun tiba di Malaysia dan telah dikenalpasti sebagai pengganti untuk Diaz. Kedudukan ini seterusnya menimbulkan misteri bermakna Figueroa, Hariss Harun, atau Marcos Antonio akan dikorbankan dalam perpindahan April untuk memberikan ruang dalam kuota pemain asing.


Luciano Figueroa Bakal Tinggalkan JDT?. Daripada ketiga-tiga mereka, Figueroa kelihatan yang paling mungkin untuk menjadi pemain yang bakal diganti akibat kecederaan berterusan beliau, walaupun beliau memainkan peranan penting dalam kejayaan Liga Super 2014 yang lalu. 

Tanpa khidmat pemain Argentina ini, JDT telah gagal menjaringkan banyak gol dan yang terbaru kekalahan 2-0 kepada Kitchee di Hong Kong. Oleh itu, JDT dijangka memilih untuk menggantikan Figueroa dengan penyerang baru yang lebih mantap bagi mengekalkan cabaran mereka dalam semua kejohanan.
 

Four Four Two

0 comment... add one now