Semakan Tawaran Tingkatan 6 (Form 6) 2016

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Form 6) 2016. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh disemak di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia pada 14 April 2016

Untuk makluman, pelajar yang ingin memasuki Tingkatan Enam (Form 6) tidak perlu memohon. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. 
Semakan keputusan Tawaran Tingkatan 6 (Form 6) 2016

Semakan Tawaran Tingkatan 6 2016 Online Dan SMS

Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.

Applikasi semakan tawaran Tingkatan 6 2016


Syarat-Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan Enam

Syarat am (kecuali Murid Bekeperluan Khas) adalah
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2016.
  • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di Syarat Am Khas
  • Soalan Lazim Tingkatan 6 di FAQ  
  • Borang dan panduan mengisi Borang Rayuan Tingkatan 6 2016

Sekiranya pelajar ingin menukar jurusan yang ditawarkan, Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian , lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) di sekolah tersebut-dapatkan pengesahan Pengetua. Pastikan alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima. 

Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam

0 comment... add one now