Senarai Penerima Pingat Dan Darjah Kebesaran Sempena Kemahkotaan Sultan Johor 2015.
Seramai 83 individu dikurniakan darjah dan pingat kebesaran sempena
Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada majlis istiadat
yang berlangsung di Istana Besar, sebentar tadi, Isnin, 30 Mac 2015.
Tunku
Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bersama lima adindanya iaitu Tunku
Temenggong Johor, Tunku Idris; Tunku Tun Aminah; Tunku Laksamana Johor,
Tunku Abdul Jalil; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku
Putera Johor, Tunku Abu Bakar menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang
Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor
(SMIJ).
Turut menerima darjah SMIJ ialah bonda Sultan Johor,
Enche Besar Hajjah Khalsom Abdullah; Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed
Khaled Nordin dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul
Rahim Ramli.
Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran datuk kepada Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dan Pegawai Kewangan Johor, Marsan Kassim.
Tiga penerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (DIJ) diberikan kepada Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof; Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor, Brig Jen (B) Datuk Ali Musa dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Amran A Rahman. Seramai 69 lagi menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II).
Antara yang menerima P.S.I II ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar
Mohd Shariff, Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Abd Rahman Mohamed Dewam,
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Mohd Khairi Yakub dan Pengarah
Muzium Diraja Abu Bakar Datuk Paiman Keromo.
Turut menerima P.S.I II adalah kesemua sepuluh anggota exco kerajaan
negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat negeri Asiah Md. Ariff; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong; Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk
Ir. Hasni Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Abd Mutalip Abd
Rahim; Pengerusi Jawatankuasa
Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyananthan; Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat; dan
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ismail
Mohamed.
Majlis pengurniaan darjah dan pingat itu berlangsung di Istana Besar, di sini. - Bernama & BH online
Senarai Penerima Pingat Kebesaran Sempena Kemahkotaan Sultan Johor 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →