Semakan Slip Daftar MUET Sesi Julai 2015 Online Dan SMS. Dipetik dari makluman dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Sukacita dimaklumkan bahawa Slip Daftar MUET (MUET/D) Sesi Julai 2015 boleh disemak mulai 14 Mei 2015 (Khamis).
Semakan Slip Daftar MUET Secara Online
Untuk semakan melalui portal MPM, sila klik di SLIP DAFTAR.
Semakan Slip Daftar MUET Melalui SMS
Untuk semakan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS), sila taip MUET [jarak] INFO [jarak] No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Calon dikehendaki menyemak maklumat MUET/D bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, sila lengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon dan hantarkan ke MPM dengan kadar segera.
Permohonan yang dihantar dua minggu selepas MUET/D dikeluarkan akan dikenakan sebanyak RM25.00. Sila klik Borang Pindaan Maklumat Calon untuk mendapatkan borang permohonan.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.