Senarai 30 Pelatih Skuad Harimau Malaya Untuk Kelayakan Piala Dunia 2018. Dipetik dari Laman Web Rasmi FAM, berikut adalah senarai 30 pemain untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula hari ini (28 Mei) bagi menghadapi perlawanan
antarabangsa A bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam, 6 Jun ini.
Latihan juga sebagai persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh
menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan A bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/ Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste (11 Jun) dan
Palestin (16 Jun), kedua-duanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Daripada senarai 30 pemain ini, hanya 23 pemain akan berada dalam
pendaftaran akhir untuk perlawanan bertemu Timor Leste dan Palestin itu.
Senarai 30 Pelatih Skuad Harimau Malaya Untuk Kelayakan Piala Dunia 2018
Yong Kuong Yong (Pulau Pinang);
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan);
Mohd Muslim Ahmad, Mohd Afif Amiruddin (PDRM);
Ronny Harun, Joseph Kalang Tie (Sarawak);
Mohd Zubir Mohd Azmi, Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu);
Mohd Nasir Basharuddin, Mohd Zamir Selamat (Perak);
Mohd Azmi Muslim, Ahmad Hazwan Bakri, Afiq Azmi (Selangor);
D. Christie Jayaseelan, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Syamim Yahya (Felda United FC);
Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, R. Gopinathan, Azamuddin Mohd Akil (Pahang);
Mohd Farizal Marlias, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Fadhli Shas, Junior Eldstal, S. Kunalan, Mahalli Jasuli, Safiq Rahim, S. Chanturu, Mohd Amri Yahyah, Mohd Safee Mohd Sali, Aidil Zafuan Abd Radzak (Johor Darul Ta'zim).