Tarikh Dan Doa Malam Nisfu Syaaban 2015 Malaysia. Umat Islam semakin
menghampiri bulan Ramadhan yang mulia apabila munculnya Bulan Syaaban yang kini menghampiri pertengahan bulan. Malam Nisfu Syaaban 1436 Hijrah bersamaan dengan tahun 2015 Masehi akan jatuh pada malam 1 Jun 2015, Isnin (Selepas Maghrib). Nisfu Syaaban adalah hari ke 15 atau hari pertengahan dalam bulan Syaaban mengikut Kalendar Hijrah.
Tarikh Malam Nisfu Syaaban
14 Syaaban 1436 - 1 Jun 2015, Isnin : Sebaik sahaja selepas waktu Maghrib
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah
malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam
bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu
Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan
lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam
Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas
malam Lailatul qadr.
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
Syaikh‘Abdul Qadir al-Jailaniy
berkata, “Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang paling mulia setelah
Lailatul Qodr.” (Kalaam Habiib ‘Alwiy bin Syahaab)
Berkata Imam
Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam
jumat, malam Aidil Adha, malam Aidil Fitri, malam pertama bulan Rejab, dan
malam nisfu sya’ban” (Sunan Al Kubra Imam Baihaqiy juz 3 hal 319).
Berikut ringkasan amaliyah Malam Nisfu Sya’ban menurut ulama ahlussunnah wal jamaah:
- Solat fardlu Maghrib
- Membaca
Surah Yassin 3 kali; Bacaan yang pertama dengan niat panjang umur untuk
ibadah, yang kedua dengan niat memperoleh rezqi halal barokah untuk
bekal ibadah, yang ketiga dengan niat ditetapkan iman.
- Membaca doa Nifsu Sya’ban
DOA NISFU SYA’BAN
اَللَّهُمَّ
يَا ذَا الْمَنِّ وَ لا يَمُنُّ عَلَيْكَ يَا ذَا اْلجَلاَلِ وَ
اْلاِكْرَامِ ياَ ذَا الطَّوْلِ وَ اْلاِنْعَامِ لاَ اِلهَ اِلاَّ اَنْتَ
ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَ اَمَانَ
اْلخَائِفِيْنَ . اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِيْ اُمِّ
اْلكِتَابِ شَقِيًّا اَوْ مَحْرُوْمًا اَوْ مَطْرُوْدًا اَوْ مُقْتَرًّا
عَلَىَّ فِى الرِّزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ فِيْ اُمِّ
اْلكِتَابِ شَقَاوَتِي وَ حِرْمَانِي وَ طَرْدِي وَ اِقْتَارَ رِزْقِي وَ
اَثْبِتْنِىْ عِنْدَكَ فِي اُمِّ اْلكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا
مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَ قَوْلُكَ اْلحَقُّ فِى
كِتَابِكَ الْمُنْزَلِ عَلَى نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُو اللهُ مَا
يَشَاءُ وَ يُثْبِتُ وَ عِنْدَهُ اُمُّ اْلكِتَابِ. اِلهِيْ بِالتَّجَلِّى
اْلاَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ
الَّتِيْ يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍ وَ يُبْرَمُ اِصْرِفْ
عَنِّيْ مِنَ اْلبَلاَءِ مَا اَعْلَمُ وَ مَا لا اَعْلَمُ وَاَنْتَ
عَلاَّمُ اْلغُيُوْبِ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى
اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ سَلَّمَ .
اَمِيْنَ
“ALLAAHUMMA YAA DZAL MANNI WALAA YUMANNU ‘ALAIKA
YAA DZAL JALAALI WAL IKRAAM, YAA DZATH THAULI WALIN’AAM, LAA ILAAHA
ILLAA ANTA, DHAHRUL LAAJIIN, WA JAARUL MUSTAJIIRIIN, WA AMAANUL KHAA
IFIIN, ALLAAHUMMA IN KUNTA KATABTA NII ‘INDAKA FII UMMIL KITAABI
SYAQIYYAN AW MAHRUUMAN AW MATHRUUDAN AW MUQTARRAN ‘ALAYYA FIR RIZQI,
FAMHULLAA HUMMA BI FADLLIKA SYAQAAWATII WA HIRMAANII WA THARDII WAQ
TITAARI RIZQII WA ATS-BITNII INDAKA FII UMMIL KITAABI SA’IIDAN MARZUUQAN
MUWAFFAQALLIL KHAIRAAT. FA INNAKA QULTA WA QAULUKAL HAQQU FII
KITAABIKAL MUNAZZALI ‘ALAA NABIYYIKAL MURSALI, YAMHUL LAAHUMAA YASYAA U
WA YUTSBITU WA ‘INDAHUU UMMUL KITAAB. ILAAHII BITTAJALLIL AA’DHAMI FII
LAILATIN NISHFI MIN SYAHRI SYA’BAANIL MUKARRAMIL LATII YUFRAQU FIIHAA
KULLU AMRIN HAKIIM WA YUBRAM, ISHRIF ‘ANNII MINAL BALAA I MAA A’LAMU WA
MAA LAA A’LAM WA ANTA ‘ALLAAMUL GHUYUUBI BIRAHMATIKA YAA ARHAMAR
RAAHIMIIN.
Artinya:
“Ya Allah
Tuhanku Pemilik nikmat, tiada ada yang bisa memberi nikmat atasMU. Ya
Allah Pemilik kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah Tuhanku Pemilik kekayaan
dan Pemberi nikmat. Tidak ada yang patut disembah hanya Engkau.
Engkaulah tempat bersandar. Engkaulah tempat berlindung dan padaMUlah
tempat yang aman bagi orang-orang yang ketakutan. Ya Allah Tuhanku, jika
sekiranya Engkau telah menulis dalam buku besarMU bahwa adalah orang
yang tidak bebahagia atau orang yang sangat terbatas mendapat nikmatMU,
orang yang dijauhkan daripadaMU atau orang yang disempitkan dalam
mendapat rizki, maka aku memohon dengan karuniaMU, semoga kiranya Engkau
pindahkan aku kedalam golongan orang-orang yang berbahagia, mendapat
keluasan rizki serta diberi petunjuk kepada kebajikan. Sesungguhnya
Engkau telah berkata dalam kitabMU yang telah diturunkan kepada RasulMU,
dan perkataanMU adalah benar, yang berbunyi: Allah mengubah dan
menetapkan apa-apa yang dikehendakiNYA dan padaNYA sumber kitab. Ya
Allah, dengan tajalliMU Yang Mahabesar pada malam Nisfu Sya’ban yang
mulia ini, Engkau tetapkan dan Engkau ubah sesuatunya, maka aku memohon
semoga kiranya aku dijauhkan dari bala bencana, baik yang aku ketahui
atau yang tidak aku ketahui, Engkaulah Yang Mahamengetahui segala
sesuatu yang tersembunyi. Dan aku selalu mengharap limpahan rahmatMU ya
Allah Tuhan Yang Maha Pengasih.”
Menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyak dzikir, shalawat, doa dan istighfar.
Sumber FB