Berita Terkini Pelumba Motosikal Zamri Baba Kemalangan Di Indonesia 7 Jun 2015. Pelumba Motosikal Malaysia yang mewakili pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zamri Baba
masih berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) selepas terlibat dengan
kemalangan ketika aksi pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM
(ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada Ahad.
Zamri Baba,32,
yang berlumba dalam kategori Supersports 600c dilanggar pelumba lain
selepas dia terbabas kerana keadaan litar yang berbatu dan terus
dihantar ke hospital.
Pengurusan Musashi Boon Siew Honda Racing seperti dipetik dari mStar online juga telah menerbangkan ahli keluarga Zamri untuk berada bersama dengan pelumba itu.
Pada pusingan kelayakan (Sabtu) Zamri menguasai kedudukan di petak pertama dengan catatan masa 1'29.984s.
Selain Muhammad Zamri, insiden kedua berlaku semasa Perlumbaan 2 600cc SuperSports selepas pelumba Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing berlanggar dengan pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswat mewakili AP Honda Thailand selepas melepasi garisan penamat.
Kedua-dua penunggang mengalami kecederaan kaki pelbagai dan juga segera dihantar ke hospital dan mereka sekarang menerima rawatan.
* Mari kira sama-sama doakan yang Zamri Baba akan pulih dari kecederaan ini
Berita Terkini Pelumba Zamri Baba Kemalangan Di Indonesia
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →