Keputusan Bolasepak England Vs Slovenia Kelayakan EURO 2016

Keputusan Bolasepak England Vs Slovenia Kelayakan EURO 2016. England semakin hampir layak ke slot automatik Kejohanan Kelayakan Bolasepak EURO 2016 apabila menewaskan Slovenia 3-2 awal pagi tadi, Isnin 15 Jun 2015 di Slovenia. Dua gol dari Jack Wilshere dan satu lagi oleh Rooney membantu England bangkit dari ketinggalan 1 gol awal oleh Milivoje Novakovic pada minit ke 37. 

England menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua pada minit ke 57 melalui jaringan menarik Jack Wilshere, yang merupakan gol antarabangsa beliau. England mendahului sekali lagi melalui Wilshere pada minit ke 73 sekali lagi melalui gol cantik Wilshere.
England Vs Slovenia Kelayakan EURO 2016
Slovenia menyamakan kedudukan pada mini ke 84 melalui tandukan Nejc Pecnik sebelum Wayne Rooney memastikan 3 mata untuk England melalui jaringan pada minit ke 86. Dengan kemenangan ini, England kini mengumpul 18 mata penuh dari 6 perlawanan.

England akan mengharungi baki 4 perlawanan untuk mengesahkan layak ke EURO 2016. San Marino (Away) - September 5, Switzerland (Home) - September 8, Estonia (Home) - October 9 dan Lithuania (Away) - October 12

LAPORAN PERMAINAN
Slovenia (4-2-3-1): Handanovic, 7; Brecko, 6, Ilic, 6.5 Cesar,6, Jokic, 5; Mertelj, 6.5, Kurtic, 7; Illcic 7.5 (Birsa 61, 6), Kampl,7 Kirm 6.5, (Pecnick 72 8) ; Novakovic 8
Pemain simpanan : Oblak, Andelkovic, Samardzic, Beric, Rotman, Pecnik, Milec, Verbic, Vidmar.
Gol: Novakovic, 37, Pecnik, 84
Manager: Srecko Katanec 6

England (4-3-3): Hart 7; Jones 5.5 (Lallana 46, 8), Cahill 5.5, Smalling 6, Gibbs 6; Henderson 6.5, Wilshere 9, Delph 6.5 (Clyne 86); Townsend 6.5 (Walcott 74, 5.5), Rooney 7, Sterling 7.5.
Pemain simpanan: Green, Bertrand, Jagielka, Milner, Austin, Cleverley, Barkley, Vardy, Heaton.
Gol: Wilshere, 57, 73, Rooney, 86.
Manager: Roy Hodgson 8
Ref: Alberto Undiano Mallenco (Spain) 7
Kumpulan E Euro 2016
Kedudukan Group E setelah kemenangan England


0 comment... add one now