Keputusan Final Tenis Novak Djokovic Vs Stan Wawrinka Terbuka Perancis 2015

Keputusan Final Tenis Novak Djokovic Vs Stan Wawrinka Terbuka Perancis 2015. Harapan Novak Djokovic pemain No 1 tenis dari Serbia untuk memenangi Tenis Terbuka Perancis Roland Garros 2015 buat pertama kali berkecai apabila tewas kepada pemain Switzerland berumur 30 tahun, Stan Wawrinka dalam 4 set sebentar tadi. Djokovic tewas 6-4, 4-6, 3-6 dan 4-6.

Dengan kemenangan ini, Wawrinka telah memenangi kejuaraan Grand Slam tenis buat kali kedua manakala Djokovic masih mencari title pertama di gelanggang tanah liat. Wawrinka dijangka melonjak ke tangga ke 4 ranking tenis dunia lelaki.
stan wawrinka juara terbuka perancis 2015
Dalam menuju juara Tenis Terbuka Perancis 2015, Wawrinka bermula daripada pusingan keempat telah menewaskan Gilles Simon, Roger Federer dan Jo-Wilfried Tsonga.

Perseorangan wanita pula telah dimenangi oleh Serena Williams dari Amerika Syarikat yang menewaskan Lucie Safarove dari Republik Czech dengan keputusan 6-3, 6-7 dan 6-2.
 


0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.