Punca Sepp Blatter Letak Jawatan Presiden Bolasepak FIFA. Ini merupakan berita yang mengejutkan kepada dunia bolasepak dunia apabila Presiden FIFA, Sepp Blatter mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden FIFA, empat hari selepas dipilih semula untuk menerajui badan induk bola sepak dunia itu buat penggal kelima. Blatter, 79, mengumumkan keputusannya itu pada sidang akhbar di sini hari ini, enam hari selepas FBI menyerbu dan menggeledah hotel di bandar ini dan menahan beberapa pegawai FIFA kerana skandal rasuah.
Blatter yang sudah menerajui FIFA selama 17 tahun dan dipilih semula Jumaat lalu, berkata satu kongres baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memilih penggantinya. Katanya, FIFA yang dicemari skandal rasuah perlukan 'penyusunan semula menyeluruh' dan beliau sudah membuat pertimbangan mendalam berhubung jawatannya itu sejak dipilih semula. Mengikut Blatter, undi yang diterima beliau nampaknya seperti tidak mencerminkan sokongan daripada semua pihak dalam dunia bola sepak.
Enam hari lalu, polis Switzerland menahan tujuh pegawai FIFA termasuk dua naib presiden. Tangkapan mereka dibuat bagi pihak berkuasa Amerika Syarikat yang menuduh tujuh pegawai berkenaan serta lapan suspek lain terbabit dalam rasuah bernilai AS$150 juta (RM548 juta). - AFP
Siapa Pengganti Blatter Sebagai Presdien FIFA?
Dua pemimpin dilihat bakal menggantikan Blatter iaitu Prince Ali Bin Al-Hussein atau Michel Platini.
Punca Sepp Blatter Letak Jawatan Presiden Bolasepak FIFA
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →