Tarikh Hari Nuzul Al Quran 2016 Di Malaysia

Tarikh Cuti Umum Hari Nuzul Al Quran 2016 Di Malaysia. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. 

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. 

Nuzul Al Quran 2015

Nuzul Al Quran merupakan cuti umum kepada beberapa buah negeri di Malaysia dan pada tahun ini 2016 / 1437 H ianya akan jatuh pada  :-
17 Ramadhan 1437 bersamaan dengan Hari Rabu, 22 Jun 2016. 
Berikut adalah negeri-negeri yang cuti umum pada Hari Nuzul Quran 2016
Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor & Terengganu

0 comment... add one now