Tarikh Hari Asyura 10 Muharram

Hari Asyura 10 Muharram. Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 

Tarikh Hari Asyura 10 Muharram Tahun 2015

10 Muharram 1437 Hijrah akan jatuh pada hari Jumaat 23 Oktober 2015
puasa Hari Asyura 10 Muharram
Hadith: 
Dari Aisyah r.a. katanya 
"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".

Peristiwa Penting 10 Muharram

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut: 
  • (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
  • (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  • (3) Dicipta Adam a.s.
  • (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  • (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  • (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  • (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
  • (8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
  • (9) Lemasnya Firaun.
  • (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  • (11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
  • (12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
  • (13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  • (14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  • (15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  • (16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  • (17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  • (18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  • (19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Antara amalan Yang disunatkan pada bulan Muharam:


  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
  5. Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  6. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  7. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  8. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  9. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  10. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  11. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  12. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  13. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  14. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  15. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  16. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  17. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  18. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

SUMBER : JAKIMAl-Azim


0 comment... add one now