Pada majlis ini, Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M telah dianugerahkan kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. Beliau menerima anugerah itu atas sumbangannya memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan global serta diiktiraf pelbagai pihak. Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan.
BIODATA TUN ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMAD
- Tarikh Lahir - 18 April 1942
- Tempat Lahir - Kg Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang
- Pendidikan awal - Malay School Paya Keladi
- Pendidikan menengah - St. Xavier‘s Institution.
- Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia ke 12.
- Ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969