Berita Terkini Letupan Bom Di Jakarta 14 Januari 2016

Berita Terkini Letupan Bom Di Jakarta 14 Januari 2016. Beberapa siri letupan bom berlaku di Jakarta hari ini, Khamis, 14 Januari 2016 menyebabkan beberapa orang terbunuh. Memetik laporan beberapa portal iaitu Bernama.com, Astro Awani dan myMetro, siri letupan dilaporkan berlaku di sebuah pondok polis di hadapan Sarinah Mall di Jalan M.H Thamrin, Jakarta.

Letupan Bom Di Jakarta 14 Januari 2016

BERNAMA
Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Fandi, dia berada tidak jauh dari tempat kejadian dan ternampak beberapa lelaki yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah polis di dalam pondok polis berkenaan. Bernama.com

Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, berlaku berbalas tembakan antara polis dengan lelaki yang tidak dikenali itu, diikuti letupan di pondok polis dan di luar bangunan Sarinah Mall.

Sekurang-kurangnya tiga mayat ditemui tergelempang di tempat kejadian.

Polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian ini dan kawasan itu kini dikepung polis. 


Harian Metro
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila beberapa letupan menggegarkan bandar raya ini, pagi tadi.

Wartawan AFP melaporkan melihat tiga mayat bergelimpangan di jalan utama Jakartya berikutan letupan itu.

Polis mengesahkan kejadian berpunca daripada letupan bom.

Agensi berita Antara sebelum itu menyatakan, sekurang-kurangnya enam letupan kedengaran dengan yang pertama pada 10.40 (waktu tepatan), kedua 10.50 pagi dan ketiga, 10.56 pagi.

Menurutnya, tembak-menembak juga dilapor berlaku di sekitar kawasan Sarinah, di Jalan Thamrin. - Agensi


Astro Awani
Sekurang-kurangnya enam maut dalam siri kejadian enam letupan di sekitar kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta hari ini lapor Astro Awani.

Berikut adalah kronologi kejadian seperti yang dilaporkan oleh saksi kejadian, media dan pihak berkuasa tempatan:

2.05 petang: Aplikasi tempahan pengangkutan awam dalam talian Grabtaxi Indonesia menyediakan pengangkutan percuma gratis untuk orang awam di sekitar Jakarta

2 petang: Perkhidmatan pengangkutan awam Transjakarta dihentikan bagi kawasan Koridor 1 laluan Blok M-Kota, Jakarta.

Pegawai Perhubungan Awam Transjakarta Prasetya Budi berkata, pemberhentian operasi itu adalah untuk menghindari kejadian yang tidak diingini.

1.36 petang: Dari Wisma Antara yang terletak di kawasan Sarinah, terdengar letupan ketujuh masih dari sekitar Sarinah. Pasukan polis masih mengepung Djakarta Theatre.

1.20 petang: Presiden Joko Widodo yang berada di Majalengka, Jawa Barat, meminta rakyat Indonesia tidak gentar dengan insiden keganasan tersebut.

"Negara, bangsa, dan, rakyat, kita tidak boleh takut, tidak boleh kalah oleh aksi keganasan seperti ini. Saya berharap masyarakat tetap tenang," kata Jokowi kepada Kompas TV.

0 comment... add one now