Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.
Syarat Kelayakan
- Anda mestilah warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami dan isteri) antara RM2,500 - RM 10,000
- Bujang atau berkhawin serta berumur 21 tahun ke atas
- Tidak memiliki lebih daripada 1 hartanah sama ada anda atau pasangan anda
Cara Permohonan
- Buka akaun anda di PR1MA. Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan
- Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan. PR1MA akan memaklumkan para pendaftar melalui e-mel dan SMS apabila terdapat pembangunan yang dibuka untuk permohonan kawasan pilihan anda
- Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan
- Keputusan undian akan diumumkan di laman web PR1MA
- Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel dan SMS
- Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
- Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA
Hubungi Kami
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
1st Floor, Block F, No.2, Jalan PJU 1A/7A
Oasis Square, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Pertanyaan
No Tel Pusat Panggilan: (+603) 7962 4374
Umum / Pendaftaran / Teknikal : info@pr1ma.my
Pendaftaran Vendor : vms@pr1ma.my
Media : media@pr1ma.my