Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Bangunan - Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Georgetown, Pulau Pinang, contohnya, terdapat berbagai bangunan kolonial dan monumen seperti Kota Cornwallis (1808), Masjid Kling (1801), Gereja St. George (1817), Muzium Negeri (1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang mana membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke 18. 


Bangunan - bangunan Bersejarah Di Malaysia

Berikut adalah beberapa bangunan bersejarah di Malaysia yang dapat dikongsi kepada anda:

Bangunan Abdul Samad,Selangor


1. Bangunan Abdul Samad,Selangor


Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka bentu oleh arkitek British,Anthony C.Norman.Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter.Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai –pegawai mahkamah.Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter.

Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun,menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit.Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan.Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.

Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Ia dirasmikan pada tahun 1896.


Bangunan Stadhuys, Melaka


2. Bangunan Stadhuys, Melaka


Bangunan Stadhuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu.



Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.
Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu.

Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.

Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang di Daerah Hulu Terengganu pada tahun 1887. Kemudian pada tahun 1902, Batu Bersurat ini dijumpai pula oleh Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh. Batu Bersurat ini dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surat dan patah sebahagian di sebelah atas.



Batu Bersurat ,Terengganu


3. Batu Bersurat ,Terengganu

Batu Bersurat ini ditulis dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini dihantar ke Muzium Singapura sebagai pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa Ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Febuari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, suatu apacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail Bin Adam dan Kerajaan Negeri Terengganu diwakili YAB. Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Batu Bersurat ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.

Secara kesimpulannya, pemeliharaan bangunan bersejarah amat diperlukan supaya generasi muda dapat tahu tentang latar belakang penubuhan sesebuah negara .Kebanyakkan daripada tempat bersejarah ini merupakan tinggalan perang atau tinggalan agama pada suatu masa dahulu. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik menjadikan ianya satu tempat tumpuan pada masa dahulu.


Lembah Bujang, Kedah

4. Lembah Bujang, Kedah


Merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi, Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah negara luar seperti China.

Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di sinilah tempat yang bagus untuk dilawati. Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu pecahan seramik,kaca dan manik dari seluruh negara, runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu boleh didapati di sini.


Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan


5. Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan


Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar Negeri Sembilan sejak 1900-an lagi. Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat Minangkabau.

Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina dengan menggunaka kayu dan terdiri daripada 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang seri. Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai pasak digunakan.
Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium Diraja serta menempatkan artifak yang bersejarah.


Kota Belanda, Perak


6. Kota Belanda, Perak



Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan daripada sebarang serangan luar. Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan daripada zaman kekuasaan masyarakat Belanda pada masa dahulu.

Sebuah taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirikan di sekitar kawasan untuk pengunjung dan merupakan pemandangan pelancongan popular di pulau hari ini.


Kota A Famosa, Melaka


7. Kota A Famosa, Melaka



Telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka

Semoga info ini dapat membantu anda mengetahui tentang Bangunan Bersejarah Di Malaysia. 

0 comment... add one now