Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia. Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia pada tahun 2016 bersamaan dengan 1437H. Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam.




Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.


Jenis-Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah

  • Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. 
  • Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).  
  • Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

  1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan. 
  2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. 
  3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri. 
  4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia

Berikut adalah Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Seluruh Negeri Di Malaysia :-



No  NegeriTahun 2016   (RM)Tahun 2015  (RM)

1Perlis
6.50

2Kedah
7

3Pulau Pinang
7

4Perak
7

5Selangor
7

6Negeri Sembilan
6.5

7Melaka
6.7

8Johor6.00/ 8.00*5.00/ 8.00*

9Pahang
7

10Terengganu7.60 / 7.00 / 4.50*7.40/ 6.80/ 4.60*

11Kelantan
7

12Sarawak
7

13Sabah77

14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan
7


*berbeza mengikut zon tempat/jenis beras digunakan


0 comment... add one now