Jenis Pengangkutan Awam Di Malaysia

Jenis Pengangkutan Awam Di Malaysia. Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar, merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya. Lebuhraya utama negara ini berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari Singapura. Rangkaian jalan diSemenanjung Malaysia adalah berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara pengangkutanutama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta dan kepada suatu tahap, kapal terbang.


Jenis Pengangkutan Awam Di Malaysia

Pengangkutan Darat

Jenis Pengangkutan : 

  • Kereta
  • Lori
  • Motorsikal
  • Bas
  • Beca

Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler. Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian.

Pengangkutan Maritim (Air / Laut)

Jenis Pengangkutan : 

  • Feri
  • Bot
  • Kapal
  • Sampan
  • Rakit

Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut telah bertambah dengan pesat. Ini terbukti dengan kewujudan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf dunia di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Klang dan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya digunakan menggunakan feri untuk menghubungkan penduduk di kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekitarnya. Penggunaan bot/ sampan juga masih digunakan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak boleh dihubungi melalui jenis pengangkutan lain.

Pengangkutan Udara

Jenis Pengangkutan : 

  • Kapal Terbang
  • Helikopter

Pengangkutan udara adalah pilihan untuk mengguna yang mementingkan perkhidmatan dari segi kelajuan dan keselesaan walaupun ianya mahal. Pengangkutan udara selalunya digunakan untuk perjalanan jarak jauh dalam negeri atau luar negara. Ianya terbahagi kepada perkhidmatan pengangkutan penumpang dan juga barangan (kurier). Antara syarikat perkhidmatan udara terkenal di Malaysia adalah Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

Pengangkutan Rel

Jenis Pengangkutan : 
  • Monorel
  • LRT
  • Kereta Api

Tahap kemajuan pengangkutan rel kini semakin maju di Malaysia. Ianya bermula dari penggunaan kuda sehinggalah penggunaan enjin wap pada awal abad ke-19. Penggunaan Kereta api di Malaysia pada permulaannya adalah untuk mengangkat bijih timah yang bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld. Pada tahun 1920-an, kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah kemajuan terkini menyaksikan kereta api kini menggunakan tenaga elektrik. Kereta api terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu

SUMBER - Wikipedia, Mysemakan

0 comment... add one now