Harga Baru Minyak Petrol Dan Diesel Di Indonesia 2014

harga minyak indonesia
Presiden Indonesia semalam SELASA 18 November 2014 mengumumkan kenaikan subsidi bahan api sebanyak 35 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menurut Jakarta Post, dalam ucapan ketika pengumuman itu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi berkata, kerajaan memerlukan peruntukan untuk membangunkan infrastruktur, dana pendidikan dan kesihatan.

Namun, ketiga-tiga sektor berkenaan mengalami kekurangan dana disebabkan perbelanjaan tinggi yang disalurkan pada subsidi bahan api.

"Keputusan untuk memindahkan subsidi bahan api kepada beberapa sektor produktif bertujuan untuk mewujudkan peruntukan yang lebih berguna untuk rakyat Indonesia secara keseluruhan,"katanya.

Menurutnya lagi, dari masa ke semasa negara berdepan pilihan sukar dan keputusan harus dibuat bagi menjamin kesejahteraan negara di masa depan - lapor SH

Harga Baru Minyak Petrol Dan Diesel Di Indonesia 2014


1) Harga baharu petrol : naik 2,000 Rupiah (50 sen) daripada 6,500 Rupiah (RM1.80) kepada 8,500 Rupiah (RM2.30) seliter

2) Harga baharu diesel 5,500 Rupiah (RM1,50) menjadi 7,500 Rupiah (RM2).

0 comment... add one now