Pengeluaran penuh simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara idealnya perlu diseragamkan dengan umur persaraan minimum kerana simpanan berkenaan adalah untuk persaraan, demikian menurut KWSP.
"Oleh itu, pengeluaran umur 55 tahun kekal tidak berubah buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Kenyataan berkenaan susulan laporan media yang melaporkan KWSP bercadang untuk melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi membolehkan pencarumnya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan, bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang ini. Lapor mStar online