Semakan SAPS Ibu Bapa. Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak adalah Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, PT3 dan SPM.
Cara Buat Semakan SAPS Online
Sistem ini memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, bagi memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.
Sistem ini hanya menyediakan
- 1) Semakan Sekolah Rendah - Semakan bagi darjah 1 dan ke atas sehingga Darjah 6
- 2) Semakan Sekolah Menengah - Semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas sehingga Tingkatan 5.
Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
- Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
- Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
- Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
- Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan ini dapat membantu ibu bapa dalam memantau serta meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
SUMBER Panduan Malaysia