Borang Permohonan UPU Sesi 2016/ 2017 Online

Borang permohonan UPU sesi 2016/ 2017 online. Permohonan UPU ke IPTA Malaysia sesi 2016/ 2017 dijangka akan dibuka pada pertengahan Januari 2016. Menerusi Laman Web Rasmi BSN, tarikh pembelian PIN Unik UPU adalah pada 18 Januari 2016 sehingga 4 April 2016. Makluman akan dibuat dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari UPU. Tahun lepas ianya telah dibuka pada 19 Januari 2015 hingga 6 April 2015. Permohonan UPU sesi 2016/ 2017 ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma ataupun yang setaraf.

Menerusi FB Rasmi UPU, Sistem Permohonan UPU Dibuka & Unik ID BSN Dibuka Untuk Jualan. Pembelian nombor unik ID boleh mula dibeli menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh permohonan dibuka iaitu bermula 18 Januari 2016. 

Sistem Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/setaraf adalah seperti ketetapan berikut :-
  • Tarikh Buka : 18 Januari 2016, bermula jam 12.00 tengah hari
  • Tarikh Tutup : 5 April 2016, jam 4.00 petang
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang permohonan UPU, sila hubungi  talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2016/ 2017 Online

Borang Permohonan UPU atau http://upu.mohe.gov.my/web/ atau FB Rasmi UPU

PANDUAN DAN LINK PENTING UPU 2016/ 2017
  • e-panduan permohonan UPU
  • Semak syarat Semak


TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2016/ 2017


tarikh penting upu lepasan spm
tarikh penting upu lepasan stpm

3 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown January 18, 2016
Laman web untuk borang permohonan upu tu salah. Tak dapat nak buka pun laman webnya. Sepatutnya :http://upu.mohe.gov.my dn http://upu.mohe.gov.my/web
Unknown Unknown March 12, 2016
sy lupa kata laluan upu sy. Tlong dlu
Unknown Unknown April 15, 2016
saya sudah hantar permohonan tetapi tidk cetak?...