Gambar Selfie Fizo Omar Ketika Banjir Dikecam Peminat

Gambar Selfie Fizo Omar Ketika Banjir Dikecam Peminat

Gambar Selfie Fizo Omar Ketika Banjir Dikecam Peminat. Fizo Omar, pelakon dan usahawan yang juga suami kepada Mawar Fareeda kesal dengan segelintir pengikut laman Instagram miliknya yang mengecam tindakan dia memuat naik gambar selfie ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad lalu.
Gambar Selfie Fizo Omar Ketika Banjir Dikecam Peminat

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, dia berharap perbuatan itu dihentikan kerana ia tidak memberi sebarang faedah dan meminta agar mereka mendoakan kesejahteraan kepada mangsa banjir.

"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.
"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu. Apa yang boleh saya katakan, adalah lebih baik mereka mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan jangan keruhkan keadaan kerana ia tidak membawa sebarang makna," 
Fizo ketika ini masih berada di Kota Bharu, Kelantan sebagai sukarelawan untuk membantu mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di Kelantan - lapor mStar online

2 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza December 30, 2014
sebaiknya kita berdoa dan berdoa agar negara kita tidak lagi hadapai sebegini bah berlaku..banyak harta benda punah. Appaun nywa lagi penting dari segala harta tu..inshaAllah Allah akan gantikna yang lebih baik
nuargto nuargto December 30, 2014
Di harap ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai Timur...