Bayaran BR1M 2015 Dipercepat Ke Pertengahan Januari 2015

Tarikh Bayaran BR1M 2015

Tarikh Bayaran BR1M 2015 Dipercepat Ke Pertengahan Januari 2015. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pemberian Bantuan Rakyat Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadualkan hujung bulan Januari 2015 depan seperti dilaporkan di SINI dipercepatkan ke pertengahan Januari 2015 ini untuk bantu mangsa yang ditimpa banjir.

PM juga mengumumkan bantuan khusus RM500 juta kepada mangsa banjir di semua negeri yang terjejas. Beliau berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa yang kediaman dan kenderaan yang musnah.
"Bantuan khusus ini tidak termasuk peruntukan membina semula infrastruktur awam yang musnah seperti jalan, hospital, masjid dan lain-lain,"
Najib berkata dana itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mula disalurkan selepas berakhirnya bencana itu.

0 comment... add one now