Ahmad berkata, penghantaran bantuan logistik pada masa banjir akan dipertingkatkan dari masa ke semasa seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat, apabila seramai 81, 923 mangsa ditempatkan di 254 pusat pemindahan sehingga pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Nik Omar Nik Ab Rahman, berkata angka itu terus meningkat berbanding semalam seramai 45, 467 mangsa banjir.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.