Gambar Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat Lagi

Gambar Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat Lagi
Gambar Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat Lagi 20 Disember 2014. Ketika orang ramai memberi tumpuan kepada keadaan banjir di negeri-negeri sebelah Pantai Timur, penduduk di Kajang hari ini semakin resah kerana bandar mereka sudah mula dilanda air bah.

Bandar tersebut pada tahun ini sudah dua kali dilanda banjir dan kali akhir pada November lalu setelah menerima hujan lebat selama beberapa jam.

Walaupun hujan lebat berlangsung selama beberapa jam sahaja pun mampu membawa masalah banjir kilat ke bandar tersebut dan sekitarnya.

Lazimnya, hujan lebat akan mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan alirannya tidak mampu dikawal akibat jaringan sistem longkang yang tidak mampu menampung paras air atau pun tersumbat.

Pada masa ini, banyak kenderaan dilihat terperangkap dalam banjir kerana pemiliknya tidak sempat mengalihkannya sebelum kawasan terjejas dinaiki air.

Kebanyakan pengguna media sosial seperti Twitter hari ini sudah menjadi penyebar maklumat awal dengan memuat naik beberapa gambar sekitar bandar Kajang - Astro Awani

Gambar Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat Lagi

Gambar Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat Lagi

Gambar Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat Lagi

0 comment... add one now