Petua Rawat Kencing Tak Lawas Cara Tradisional

Petua Kencing Tak Lawas Cara Tradisional
Petua Rawat Kencing Tak Lawas Cara Tradisional. kencing tidak lawas merujuk kepada pembuangan air kecil secara tak terkawal. Ada beberapa maksud bagi masalah kencing tak lawas, samaada mempunyai halangan perlahan untuk keluar, ada pesakit yang suka menahan air kencing dan ada jua mengalami tidak boleh mengeluarkan air kencing sehingga habis. 

Jika anda mengalami masalah kencing tidak lawas, ada beberapa petua mudah cara tradisional untuk mengatasinya. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari. Inilah cara yang mudah moga berjaya.

Selain itu sirih banyak kegunaannya antaranya adalah :-


1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.


3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang


4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.


5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.


6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.


7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.


8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.


9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.


10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.


11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.


12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.


13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.


1 comment... add one now

natura natura August 22, 2015
Mujarab juga dengan sirih kan untuk kencing tak lawas.
Saya selalu ambil air rebusan buah barli.