Minum air berais selepas makan boleh meningkatkan kemungkinan mengdapat penyakit kanser. Mungkin anda tidak percaya.
Kepada penggemar minuman berais, fakta ini mungkin boleh menyedarkan anda.
Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan. Ianya akan melemahkan penghadaman.
Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid, ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal yang lain.
Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.
Moga menjadi panduan kepada ibu dan isteri yang menyediakan..menghidangkan makanan setiap hari kepada anak-anak dan suami tercinta…
Tapi di sebalik keburukan ais yg kita tahu.. ada juga kebaikannya ..
Fakta Kelebihan Ais
* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
* Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
* Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
* Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan...wallahualam
<digital mukmin>
Risiko Minum Ais Selepas Makan
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →