Tiket 'Online' Malaysia Vs Vietnam Dijual Bagai Goreng Pisang Panas

Tiket 'Online' Malaysia Vs Vietnam sold out
Tiket 'Online' Malaysia Vs Vietnam dijual bagai goreng pisang panas. Dalam masa 48 jam, tiket separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dengan Vietnam yang dijual secara atas talian habis terjual yang dianggarkan 15,000 tiket.

Tinjauan Astro AWANI di laman sesawang itu mendapati tiket perlawanan yang dijual pada pukul 9 pagi Selasa itu habis menjelang petang Rabu.

Walau bagaimanapun, peminat serta penyokong tegar Harimau Malaya masih boleh mendapatkan tiket di kaunter jualan yang akan dibuka di Stadium Malawati, Shah Alam bermula Jumaat ini.

Tiket berharga RM40 untuk dewasa manakala RM10 untuk kanak-kanak bawah usia 12 tahun, akan dijual dari jam 10 pagi hingga 7 petang dan akan dijual sehingga sebelum bermula perlawanan pada jam 8.00 malam Ahad ini. lapor Astro Awani


0 comment... add one now