Berita Palsu Sesi Sekolah 2015 Ditangguh Sebulan

Berita Palsu Sesi Sekolah 2015 Ditangguh Sebulan
Berita Palsu Sesi Sekolah 2015 Ditangguh Sebulan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan penyebaran berita palsu yang disebarkan di media sosial kononnya mengatakan penangguhan sesi persekolahan adalah selama sebulan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah hanya seminggu.
"Sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari ini (Ahad) dan bagi negeri lain akan bermula pada 12 Januari ini (Isnin).
"Ibu bapa dan orang awam diminta menghubungi kementerian dan menyemak di laman berita rasmi serta jangan mudah percaya sebaran melalui media sosial.
"Kementerian sudah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini - BH online

0 comment... add one now