Nama Caliph Buskers tiba-tiba menjadi trending di laman sosial lantaran persembahan hebat mereka bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29 yang berakhir malam tadi.
Penampilan mereka sebagai pengganti penyanyi Aweera yang disingkirkan telah memukau penonton di Stadium malah di rumah juga. Walaupun tidak menang sebagai juara lagu AJL29, persembahan bertenaga dan menakjubkan dari orang yang cacat penglihatan mengangkat mereka sebagai pemenang persembahan terbaik.
Bagi peminat musik yang masih belum mengenali Caliph Buskers berikut disertakan serba sedikit biodata dan latar belakang mereka semua :
Saksikan persembahan Caliph Buskers bersama Mojo untuk Lagu Romancinta di AJL29 di SINI
Latar belakang / Biodata Caliph Buskers
- Caliph Buskers baru ditubuhkan setahun lalu terdiri daripada 6 anggota
- Terdiri daripada Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.
- Mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, yang masing-masing berkebolehan bermain alat muzik dan memiliki suara yang merdu.
- Merupakan kumpulan muzik jalanan yang emilih lokasi yang dianggap cukup strategik, di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
- Bekerja enam hari seminggu dari Sabtu hingga Khamis, manakala Jumaat hari rehat , biasanya mereka hanya menghiburkan orang ramai selama tiga jam bermula pukul 12 tengah hari.
- Mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM60 dalam masa di atas dengan menyanyi lebih 30 lagu yang kebanyakan lagu popular masa kini
- Bukan hanya mampu bermain alat muzik dengan baik, kesemua ahli kumpulan Caliph Buskers juga memiliki suara yang merdu.
- Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.
- Dua daripada mereka bermain muzik secara sambilan kerana mempunyai pekerjaan tetap.