Harga Dan Spesifikasi Myvi Baru 2015

Harga Dan Spesifikasi Myvi Baru 2015Kereta terlaris selama sembilan tahun berturut-turut di Malaysia iaitu Perodua Myvi akan melancarkan model terbaru facelift pada 15 Januari 2015 ini. 
Gambar Perodua MYVI Baru 2015 New Facelift

Harga Myvi Baru 2015
Myvi 2015 baru ini difahamkan berharga di antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dalam dua warna iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
Spesifikasi Myvi Baru 2015 
spesifikasi myvi baru 2015
Myvi Baru 2015

“Segala tambah baik pada Myvi 2015 ini dibuat selepas meneliti kaji selidik untuk mengetahui apa yang dapat memberi lebih nilai kepada para pembeli. Pembaharuan yang dilakukan menambah nilai sehingga RM3,000”, 

Namun begitu, enjin K3-VE  dan 3SZ-VE (masing-masing untuk varian 1.3L dan 1.5L) masih dikekalkan. Begitu juga outputnya – masih lagi 90hp/117Nm dan 102hp/136Nm.

Myvi 1.3L akan mempunyai 2 varian iaitu Standard G dan Premium X untuk menggantikan XT dan SE digunakan sekarang. Standard G mempunyai pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau auto 4-kelajuan.

Myvi 1.5L pula dipecahkan ke varian SE dan Advance; SE dengan pilihan transmisi auto atau manual, manakala hanya automatik untuk Advance. (Lihat rajah di bawah untuk spesifikasi yang diberikan setakat ini)


(klik untuk saiz penuh)
spesifikasi myvi baru 2015

Model kereta paling laris di Malaysia untuk 9 tahun berterusan ini juga sekarang diakui oleh ASEAN NCAP dengan 4-bintang untuk  segi ciri-ciri keselamatannya. 

0 comment... add one now