Hadiah Harijadi Siti Nurhaliza Kepada Mangsa Banjir. Ulang tahun kelahiran ke-36 Datuk Siti Nurhaliza yang jatuh pada 11 Januari 2015 diraikan dengan penuh ceria di Hotel The Ritz Carlton.
Ia anjuran Siti sendiri yang turut mengundang teman artis dan media yang selama ini menyokong kerjaya seni beliau yang akan genap 20 tahun tanggal 1 April depan.
Lebih istimewa dan bermakna Siti turut mengumumkan hadiah paling istimewa yang diterimanya pada tahun ini iaitu wang tunai sebanyak RM310,000 untuk disumbangkan kepada mangsa bencana banjir.
"Ia sumbangan daripada beberapa pihak termasuk orang perseorangan dan badan tertentu. Yayasan Nurjiwa milik saya dan suami turut menyumbangkan sebanyak RM50,000
"Duit ini insyaAllah dapat digunakan untuk mangsa banjir membeli barang keperluan harian dan sebagainya" kata Siti.
Antara teman artis yang hadir ialah Fara Fauzana, Izara Aishah, Ummi Nazeera, Indah Ruhaila, Faizal Tahir, Awi Rafael, Azhael, Sharifah Shahira dan penyanyi seberang Tegar Zizan Razak turut hadir selain menggalas tugas sebagai hos majlis ini.
Acara majlis hari lahir ini turut menghargai komposer yang terbabit dalam album Fragmen. Album itu baru saja memenangi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik hujung tahun lalu - BH online